dari jemapoh ke manchestee
 
 

SINOPSIS PENDEK

"DARI JEMAPOH KE MANCHESTEÉ" mengisahkan dua anak muda dari sebuah kampung di Negeri Sembilan dalam pedalanan ke England untuk mencapai impian masing-masing untuk mencari bapa dan menonton perlawanan bola sepak Liga Eropah.

Dalam perjalanan itu, banyak pengalaman pahit manis yang terpaksa ditempuhi. Mereka menempuh pelbagai rintangan yang sangat berharga.

SINOPSIS PANJANG

Yadi dan Mafiz merupakan dua anak muda berumur dalam lingkungan 20an. Mereka bosan dengan kehidupan mereka di sebuah kampung terpencil di Jemapoh, Negeri Sembilan. Yadi bercita-cita untuk menonton pasukan bola kegemarannya Manchester United manakala Mafiz ingin mencari bapanya yang telah berhijrah ke Liverpool. Yadi dengan nekadnya mencuri sebiji kereta Volvo merah dan bedaya memujuk Mafiz untuk turut serta ke England.

Dengan berbekalkan hanya azam dan tenaga dua anak muda ini memulakan kembara mereka. Mereka singgah di kelab malam yang sedang rancak dengan dentuman muzik rock alternatif Malangnya konsert yang mereka saksikan diganggu oleh sekumpulan penyangak bersenjata yang berbaju batik.

Yadi dan Mafiz melarikan diri tapi terkejut apabila mendapati Lini, seorang pemuzik dari konsert itu, telah mencuri masuk ke dalam. kereta mereka. Lini cedera akibat tembakan penyangak tadi. Lini memujuk mereka untuk membenarkannya turut serta dalam kembara mereka kerana ingin bedumpa semula dengan kekasihnya yang kini di German.

Pada hari keesokannya Yadi menyelamatkan seorang wanita, Mila, daripada cengkaman seorang bapa ayam bernama Rifik. Mafiz mencadangkan Mila turut bersama mereka walaupun Yadi tidak berapa setuju. Dari detik ini persahabatan dua anak muda ini mulai rengggang akibat cemburu.

Pelbagai lagi dugaan terpaksa ditempuhi. Antaranya ialah Rifik yang kembali untuk balas dendam serta seorang watak misteri yang menculik Mila.

Berjayakah kumpulan anak muda ini menukar cita-cita mereka kepada impian yang nyata?

"DARI JEMAPOH KE MANCHESTEÉ" merupakan road movie (filem jalanan) Malaysia yang pertama. Filem bercorak drama ringan ini disulami dengan muzik dari zaman pop yeh yeh hinggalah ke irama muzik punk dan alternatif yang terkini.

Seperti filem jalanan yang lain, plot ceritanya diatur dengan cara yang bersahaja dan menghiburkan namum diselit dengan beberapa mesej yang berkaitan dengan nilai dan makna persahabatan. Perjalanan dari Jemapoh ke Manchester ialah perjalanan untuk mencipta manusia baru..

[ go to the English version ]

 

smallman