CATATAN
PENGARAH
"Saya
mencipta filem ini sebagai tabik saya kepada anak muda Malaysia.
Saya meninggalkan Malaysia untuk tempoh 20 tahun. Apabila kembali,
saya cuba untuk menangkap semula imej dan bunyian zaman 70an. Tujuan
saya bukannya untuk ber-nostalgia atau mengembalikan zaman muda.
DARI JEMAPOH KE MANCHESTEÉ mengisahkan kehidupan dan harapan bahawa
masa depan kita akan cerah asalkan kita sanggup berusaha. "
Hishamuddin Rais, Januari 2000 sempena pelancaran filem ini
di pawagam Singapura.
ABOUT THE DIRECTOR
Hishamuddin Rais
Hishamuddin
Rais melalui persekolahan peringkat pertengahan di Kolej Melayu
Kuala Kangsar (MCKK) sebelum ke Universiti Malaya untuk mengikuti
kursus Sejarah Asia Tenggara pada tahun 1971.
Aktif di-arena politik kampus, dia dilantik sebagai Setiausaha Agung
sebuah pertubuhan pelajar yang kini telah diharamkan iaitu University
of Malaya Students Union (UMSU) pada 1973.
Hishamuddin berhijrah keluar negara dalam tahun 1974, selepas sebuah
demontrasi besar-besaran oleh para pelajar universiti yang kini
dikenali sebagai The Baling Peasant Protest 1974.
Dia mempelajari bahasa Perancis di University Catholic of Leuven
la Neuve pada tahun 1984, melalui kelas kesenian di Brixton College
London dan juga graduan didalam bahagian filem dan video daripada
University of Westminster London 1992.
Hishamuddin Rais kembali ke Malaysia dalam tahun 1998 dan mula bergiat
sebagai penulis sambilan dan juga kembali aktif sebagai pemerhati
politik.
Menjelang pertengahan 2001, beliau telah dipenjara dibawah akta
ISA selama 2 tahun.
[ go to the English version ]
|